Saturday, August 13, 2011

A JOURNEY TO HAPPINESS

ANDREW
MELLY
AMANDA
CIKGU JOSHUA
JOHARI
(watak utama)


MELISSA
ADAM
HAKIM
PEGAWAI POLIS
(watak sampingan)
         


            Amanda Maria nama diberi.Dilahirkan di Hospital KL pada jam 1:09 pagi.Dia memang petah apabila bercakap!Ditanya sepatah,dijawab seayat!Dia memulakan pembelajarannya secara individu hanya dengan membaca surat khabar.Dia juga pakar dalam berbahasa Melayu disebabkan suatu komponen yang bernama surat khabar.Dia seorang yang obses terhadap salad,terutamanya cherry tomato dan banyak lagi!Mungkin dia dilayakkan untuk digelar Green Girl.
             Dia mengaku mempunyai ramai teman sejati di sekolah.Dia tidak bergantung kepada peribahasa seribu kawan dapat dicari,teman sejati sukar sekali.Baginya,semua orang itu sama.Hinggalah suatu ketika....
             "Amanda,mari kita ke bilik guru.Err,saya perlu berjumpa dengan Cikgu Joshua dan Cikgu Ferdinand,"sergah Andrew.Amanda pun setuju.Namun,seorang lagi teman Amanda,Melly dapat merasakan sesuatu.Lantas,Melly memotong percakapan Amanda dan Andrew.
            "Jangan,Amy!Pasti Andrew mempunyai rancangan tersembunyi!"kata Melly,seperti dapat merasakan sesuatu yang tidak kena.Orang ramai maklum bahawa Melly atau nama penuhnya Amalina Mazurah bt Ahmad Saifullah seorang yang mempunyai sensor tentang apa yang bakal berlaku atau lebih disebut sebagai "penyelidik masa depan rambang".Namun,kadang-kala 'tilikannya' itu tersalah."Mel,apa yang awak katakan ni?Andrew itu baik orangnya.Lagipun,dia kenalan saya sejak kecil,""Hei,jika awak cemburu,tidak mengapa.Tapi,jangan menuduh secara serkap jarang pula!"
             "Sudah,cukup!Andrew,jangan menuduh kawan saya begitu.Melly,mengapa kamu kata begitu?"tanya Amanda bertubi-tubi."Amy,percayakanlah saya.Saya berkata begitu kerana saya kisah tentang awak.Amy?Amy?"Amanda menjerit, "Melly!!!""Amy!" Melly menjerit."Andrew,apa yang awak dah buat?" "Maaf Amanda,ini arahan Cikgu Joshua," Andrew membalas lalu meninggalkannya di dalam sebuah bilik kosong yang mempunyai sebuah katil.Andrew kembali semula lalu mengikat Amanda di atas katil tersebut.Amanda tertanya-tanya,kemudian dia didatangi Cikgu Joshua.


19 TAHUN KEMUDIAN~ ~ ~


            "Saya sepatutnya mendengar cakap Melly.Jika saya mendengar cakapnya,pasti dara saya tidak diragut.Maafkan saya,abang.Saya hanya takut yang abang tidak akan menerima saya.Maafkan saya," rayu Amanda yang berumur genap 40 tahun. "Saya memang tidak menyukai orang yang menipu.Tetapi saya bersama awak hanya kerana yang Satu,Tuhan Yang Maha Besar.Jodoh kita memang bersama.Saya maafkan awak,tetapi kita ada satu tugas,"kata-kata panjang yang diucapkan dari mulut suami Amanda,Johari yang berusia sebaya. "Apa?Tetapi,saya rela jika disebat.Itu adalah hukuman yang sesuai,"kata Amanda. "Tidak,saya tidak akan hukum awak,tetapi orang yang memusnahkan kebahagiaan seseorang milik saya.Cikgu Joshua.Kita akan menghadapkan dia ke muka pengadilan.Jangan bersedih,Amanda,"kata-kata Johari membuatkan Amanda berasa senang dan tenang.


RABU,14 JANUARI 2011


          "Dengan keputusan juri-juri yang hadir,saya menjatuhkan hukuman gantung sampai mati kepada Joshua Billonette"putus hakim mahkamah dalam perbicaraan.Turut hadir dalam perbicaraan tersebut Melly,Andrew,Amanda dan Johari."Amanda,maafkan cikgu,Amanda!Tolonglah cikgu!Cikgu tidak mahu mati!"Rayu Joshua,namun dibalas Amanda dengan kasar yang berbunyi, "Aku tidak berdaya waktu engkau merogol aku,tetapi kau tidak mahu menolong aku.Kini,aku melakukan perkara yang sama kepada kau.Kau tidak layak untuk hidup!".


SEHARI SEBELUM.....


          "Apa ni?Kenapa kau tangkap aku?""Encik Joshua,encik ditahan kerana terlibat dalam aktiviti pemerdagangan manusia,pelacuran dan merogol Amanda Maria 10 tahun yang lalu,"balas seorang pegawai yang lengkap beruniform. "Hei,lepaskan akulah!Lepas,aku kata!"


~ ~SETAHUN KEMUDIAN~ ~
          "Amanda,maafkan saya kerana tidak menolong awak.Tetapi saya tak berdaya kerana dia ugut saya untuk membahayakan keluarga saya.Maafkan saya,Amanda!"rayu Andrew. "Tidak.Semua orang membuat kesilapan.Namun,hidup kita sudah tenang dengan tiadanya Joshua lagi.Mari,Melly,Andrew.Eh?Mana mereka,Johari?Joe?Joe?"Amanda lihat sekelilingnya,tetapi tiada orang.


           "Happy Anniversary,Amy!"Melly sergah. "Thanks!!!!!" "Ish,takkan nak sambut tanpa your best buddy?" mimik Andrew. "Ish,oklah.Anyway,thanks!" "Happy anniversary,Amanda.Saya memang tak dapat hidup tanpa awak," ucap Johari.Amanda berasa terharu lalu meniup lilin bercorakkan nombor '20'."Mama!Papa!Happy 20th anniversary!"ucap seorang gadis yang tinggi lampai dan bertudung. "Thanks,Melissa.Thanks sebab rancang semua ini untuk mama and papa,"balas Amanda terhadap Melissa Iskandar binti Johari,anaknya yang seorang itu. "Hmm,walaupun berumur 40 tahun,mama tetap nampak muda.Macam papa Mel!" "Hmm,anak mama ni,umur 25 tahun,pandai bodek,yeh?" "Melissa,boleh saya jumpa awak?"panggil seorang pemuda yang kacak. "Eh,Adam!Err,mama and papa tinggalkan Mel and Adam ye?Pandai-pandailah"kata Amanda,tersenyum. "Tidak,Aunty.Saya ingin melakukan benda ini dihadapan semua orang.Mama,beri saya cincin tadi,"ujar Adam.


           "Cincin tu tiada dengan mamalah,Adam.Dengan papa kamulah ni!"perli Melly kepada Andrew,lantas mencuitnya."Ish,you ni pun,nah,Adam.Tak habis-habis papa dicubitnya."ujar Andrew,lalu memberi Adam sebentuk cincin bertatahkan permata.Adam pun menghulurkan cincin itu terhadap Melissa. "Melissa,will you marry me?" Melissa terkejut,lalu membalas, "Yes,Adam.Yes!" Melissa memeluk Adam. "Alhamdulillah.Akhirnya kita menjadi saudara,Melly!"Amanda berkata dengan gembira.Melly berkata, "Semua ini telah menjadi takdir,Amy.Daripada BFF,kepada saudara,"Melly memeluk Adam dan Melissa.

~ KEBAHAGIAAN BAKAL DIKECAPI JIKA HIDUP KITA PENUH DENGAN HALANGAN,KERANA HALANGAN ITULAH YANG MEMBUAT HIDUP KITA BAHAGIA DAN MEMBAKAR SEMANGAT KITA UNTUK TERUS BERJUANG~

No comments:

Post a Comment