Selama ini,hati kecilku selalu berbisik "hidupku tidak akan pernah merasai kelengkapan walau sekali!"Tetapi,ternyata aku salah.Aku mempunyai 10 jari tangan,10 jari kaki,dua tangan yang dapat bekerja dengan sempurna,dua kaki yang dapat berlari dan berjalan,sistem penghadaman yang baik dan muka yang tidak cacat.Bukan itu sahaja,ibu bapa,keluarga,rakan-rakan senior,tempat berlindung,pakaian yang menutupi tubuh dan semestinya makanan dan minuman untuk mengisi tembolok setiap hari.Apa lagi?Sebenarnya aku tidak perlukan gajet-gajet yang canggih,mahupun telefon bimbit yang moden.Aku hanya perlukan kasih sayang yang aku sentiasa dahagakan setiap saat dan waktu.Tetapi,hati mana yang tidak cemburu melihat rakan-rakannya sentiasa maju ke hadapan.Terhadap pembaca-pembaca sekalian yang membaca entri ini,jangan berkecil hati.Tetapi,gajet-gajet yang anda mungkin miliki sepert iPad,iPhone,Galaxy Tab,Galaxy Note dan Blackberry sebenarnya 'memakan' duit anda.Jika anda menyimpan wang yang sebegitu banyak dan mencukupi untuk membeli iPhone mahupun Blackberry,anda boleh membawa keluarga anda menunaikan haji atau umrah.Mendapat pahala lebih bagus dari memperoleh pujian,bukan?Jangan marah,aku bukan memerli,tetapi ianya fakta.Mungkin anda akan berkata 'hei,hidup ini singkat!.Life is short,dude!'Baiklah,jika anda berusaha untuk mengeluarkan sebutir batu emas yang tertanam di pinggir gunung berapi di dalam sebuah pulau yang hendak tenggelam,anda tidak akan sempat untuk menyelamatkan diri dan tidak dapat hidup kaya-raya dengan emas tersebut.Merugikan masa dan tenaga sahaja!Samalah situasinya dalam hidup kita.Buat apa memiliki gajet yang tercanggih dan terkini kalau ia tidak boleh dibawa mati?Cukuplah kalau setakat laptop notebook,telefon bimbit Nokia yang harganya kurang dari RM100 bagi membolehkan kita untuk berkomunikasi dan menerima pesanan dan televisyen untuk menerima maklumat terkini.
Mengapa pula tajuk pada entri kali ini tidak sehaluan dengan isinya?
Oh,tidak!Sebenarnya itu memanglah sesuatu yang tersemat di dalam hatiku.Baiklah,sekian sahaja entriku buat kali ini.Diharapkan agar ia dapat 'mengenyangkan' pembaca sekalian yang 'lapar' dengan entri-entri terbaru.Akhir kata,janganlah sentiasa mengenangkan hari semalam,sentiasa bersedia pada hari ini untuk mempersiapkan diri anda pada keesokannya.
Salam bersulamkan terima kasih,



No comments:
Post a Comment